Assalammualaikum..
Pastinya ramai ibu bapa yang tertarik dengan penampilan botol susu jenama mOmma ini. Rekaannya yang unik pastinya berjaya mencuri tumpuan ketika memilih botol susu untuk Si Manja. Daripada memilih botol susu yang agak konvesional untuk Si Manja, apa kata sekali sekala beralih angin kepada rekaan comel daripada mOmma ini.
Parasnya yang bulat, warnanya yang menarik dan cirinya yang unik pasti boleh memberikan alasan kepada ibu bapa untuk memilih produk ini. Jika dilihat sekilas pandang, rekaannya persis sebiji epal dan pastinya tersenyum melihat keletah Si Manja menghisap susu seperti memamah sebiji epal. Pastinya keletah Si Manja menarik perhatian ramai.
Berbeza dengan rekaan botol susu biasa, rekaannya yang unik dengan bentuk bulat memberikan keselesaan kepada Si Manja untuk memegangnya semasa menyusu. Bukan itu sahaja, malah bentuknya yang ergonomik dengan dasar yang lebih berat (rocking base) memastikan supaya putingnya tidak tersentuh dengan permukaan lantai sekiranya botol terjatuh atau terlepas. Konsepnya sama seperti rocking toy. Jadi anda tidak perlu risau tentang kebersihan puting dan lantai dirumah anda kerana 'setiap kali jatuh ia pasti bangun semula'.
Kerana keistimewaan ini juga, produk ini boleh menjadi 'permainan' kepada Si Manja. Di usia ini, pastinya Si Manja akan tertarik dengan kemampuan botol ini untuk bergolek-golek, bergoyang-goyang serta kebolehannya untuk bangun sendiri apabila jatuh. Pastinya masa makan Si Manja akan lebih menarik dan secara tidak langsung merangsang perkembangan tumpuan Si Manja anda.
Sebagaimana produk-produk lain dipasaran, mOmma tidak ketinggalan untuk memastikan aspek-aspek keselamatan Si Manja terjamin. Kesemua botol susu mOmma dibuat dari poly propolyne dan pastinya 100% bebas BPA. Selain itu, produk ini didatangkan bersama puting anatomi yang menyerupai penyusuan semulajadi untuk memberi keselesaan kepada Si Manja. Begitu juga dengan pengudaraan yang baik semasa penyusuan bagi mengurangkan pembentukan vakum di dalam botol.
Bukan itu sahaja, seiring dengan tumbesaran Si Manja, botol mOmma masih praktikal kepada Si Manja kerana mOmma turut memperkenalkan penutup yang boleh ditukar daripada botol susu kepada 'cawan' penyedut dengan pemegang. Pastinya membantu melatih Si Manja untuk mengemaskan pegangannya. Dengan kapasiti botol sehingga 9 oz, botol ini sesuai digunakan Si Manja sehingga berusia 2 tahun.

Kepada yang berminat bolehlah dapatkan produk ini dipasaran dan bergantung kepada bajet anda, produk ini boleh diperolehi secara berasingan atau pun set yang pastinya tidak menghampakan. Untuk beli secara online klik link di bawah. Tukarkan masa makan anak anda kepada detik belajar dan bermain. Selamat mencuba!!



No comments:
Post a Comment