Monday, January 21, 2013

Lelaki ke Perempuan!!

Assalammualaikum..

Persoalan mengenai Lelaki atau Perempuan pastinya terlintas kepada pasangan yang bakal bergelar ibu bapa. Malah diawal usia kandungan lagi pastinya masing-masing teruja apakah gerangan kandungan di dalam rahim. Keterujaan ini pastinya memuncak apabila berkunjung ke butik-butik pakaian kanak-kanak ataupun ditanya oleh rakan dan keluarga.

Seiring dengan perkembangan teknologi, mengetahui jantina kandungan bukanlah satu yang mustahil. Melalui pengimbasan ultrasound, jantina kandungan boleh dikenalpasti seawal minggu ke-20. Ditambah lagi dengan teknologi imbasan 3D dan 4D, bukan sahaja jantina malah wajah bayi turut boleh dilihat semasa di dalam kandungan. Isunya ialah bolehkan jantina anak dipilih?

"Milik Allahlah kerajaan langit dan bumi; Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki, memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki" - Surah Al-Syura, ayat 49.

 "Sesungguhnya di sisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan dia yang menurunkan hujan dan yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok" - Surah Luqman, ayat 34.

Berdasarkan firman Allah s.w.t tersebut, jelaslah bahawa ketentuan lelaki atau perempuan adalah ketentuan-Nya. Kita sebagai manusia hanya perlu berusaha dan berikhtiar, yang lain terserahlah kepada-Nya. Persoalannya lagi, adakah usaha yang boleh dilakukan? Jawapannya, Ya!!

Terdapat beberapa amalan yang diperturunkan sebagai tradisi kepada kita dalam usaha mendapatkan anak lelaki ataupun perempuan. Misalnya wanita digalakkan berbaring mengiri ke kanan selepas seks sekiranya mahukan anak lelaki dan sebaliknya. Begitu juga dengan amalan pemakanan iaitu memakan makanan 'sejuk' untuk mendapatkan anak perempuan dan begitulah sebaliknya. 

Malah ada juga yang percaya sekiranya ibu mengandung kerap bermain dan menjaga kanak-kanak lelaki akan mendapat anak lelaki, jika bermain dan menjaga kanak-kanak perempuan maka kandungannya juga perempuan. Berbeza pula dengan masyarakat Cina yang merancang jantina anak melalui waktu, masa dan bulan mengikut kalendar Cina. Sejauh mana kebenarannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Penjelasan saintifik menyatakan jantina anak di bawa oleh kromosom XY lelaki. Kromosom XY lelaki akan bersenyawa dengan kromosom XX perempuan. Sekiranya kromosom X lelaki bersenyawa dengan kromosom X wanita maka jantinanya ialah XX iaitu perempuan. Sekiranya kromosom Y lelaki yang bersenyama dengan kromosom X wanita maka jantinanya ialah XY iaitu lelaki.

Justeru pendekatan yang boleh diambil oleh pasangan suami isteri dalam menentukan jantina anak ialah dengan mengambil kira faktor XX atau XY ini. Hubungan seks yang dilakukan pada waktu subur wanita (ovulasi) boleh meningkatkan kemungkinan untuk mendapat anak lelaki kerana faktor jangka hayat kromosom Y. Ejakulasi perlulah berlaku dipenghujung faraj (dalam). Harus diingat bahawa kromosom Y lebih survive dalam keadaan beralkali sehubungan itu adalah perlu untuk wanita mencuci farah dengan bahan kurang berasid atau beralkali seperti sabun. Pendekatan ini adalah untuk meningkatkan potensi kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan seperti yang dijelaskan di atas.

Selain itu, terdapat juga kaedah rawatan moden untuk mendapatkan jantina anak yang dikehendaki seperti Teknik Ericson dan juga Artificial Insemination. Walaubagaimanapun, teknik-teknik bukanlah semulajadi dan perlu dilakukan di makmal malah memerlukan kos untuk pelaksanaannya.

Pelbagai cara telah diperkenalkan tetapi harus diingat, cara dan kaedah ini hanyalah ikhtiar manusia dan ketentuan adalah milik-Nya. Manusia diwajibkan berusaha untuk mencapai apa yang dihajati dan tidak hanya berserah kepada-Nya. Bersesuaian dengan Firman Allah dalam Surah An-Najm, ayat 39 ;

"Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakan."

Untuk penjelasan dan pemahaman yang lebih lanjut, bakal ibu bapa bolehlah merujuk kepada pakar-pakar perubatan ataupun perkhidmatan yang telah disediakan oleh kerajaan di LPPKN. Sekiranya berminat boleh juga dapat buku Prince or Princess? melalui pautan di bawah. Selamat mencuba!!


Bersambung di post akan datang!!

No comments:

Post a Comment