Friday, January 18, 2013

Hasrat Hati

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,

Membesarkan anak-anak merupakan detik paling berharga kepada pasangan yang berumah tangga. Kehadiran cahaya mata pastinya membawa sinar dalam kehidupan harian. Perkembangan dan keletah si manja yang tidak dijangka-jangka menjadi episod yang dinanti-nanti oleh ibu bapa.

Memberikan yang terbaik kepada anak-anak pastinya menjadi hasrat kepada ibu bapa. Tetapi untuk menjanjikan yang terbaik bukanlah mudah. Pengetahuan dan pengalaman pastinya menjadi sandaran untuk memenuhi hasrat tersebut.

Di sini hasrat My Little Cuttie (MLC) adalah untuk berkongsi dan memberikan sedikit panduan kepada ibu bapa di luar sana khususnya pasangan yang baru menimang cahaya mata kepada produk-produk untuk Si Manja yang ada dipasaran. Kebanjiran pelbagai produk Si Manja dipasaran oleh tanda aras yang membuktikan kesedaran masyarakat terhadap keperluan Si Manja.

MLC akan memberikan gambaran kepada ibu bapa di luar saya terhadap produk-produk Si Manja di pasaran. Pemilihan produk yang betul adalah penting untuk memastikan keperluan Si Manja dipenuhi bersesuaian dengan bajet dan perancangan ibu bapa. MLC berharap sokongan daripada ibu bapa di luar sana untuk sama-sama berkongsi maklumat berkenaan produk-produk Si Manja yang boleh diperkenalkan kepada para pembaca. Semoga ruangan ini memberi manfaat kepada semua.

Wassalam..

 

No comments:

Post a Comment